Malaysia Aviation Group (MAG), syarikat induk Malaysia Airlines Bhd hari ini selangkah lagi menghampiri aspirasi sifar pelepasan karbon, susulan penerbangan pertama pesawat penumpangnya menggunakan bahan api penerbangan mampan (SAF).<br /><br />Ketua Pegawai Kelestarian Kumpulan MAG, Phillip Se berkata, MAG mempunyai inspirasi untuk menjadi peneraju penerbangan menggunakan SAF, bagi merealisasikan komitmen mereka mencapai pembangunan sosio-ekonomi negara ini.